Archive for September, 2009

h1

FASA baru hidup

September 29, 2009
  1. sekarang sedang menggila mencarik tutorial photoshop. huhu.. sbb aku ni xbercikgu, tutorial kat tenet ni je la yg aku leh pki.  saje je kumpul byk2. boring2 kat pekan nnt leh gak cuba. tgh2 cari tersinggah laman web ni. hoho… aku sgt menghargai usaha kreatif. serius!
  2. mlm ni last aku berblog dlm frekuensi tinggi kot. mulai esok dah k n berada kat pekan, pahang. klu ada 3g, gprs yg laju ke, aku blogging r. klu xde, balik umah cuti baru aku wat kot. huhu… (byknye kot)
  3. jumaat ngan sabtu lps puas hati gak beraya ngan kawan2 lama. kira2 ada 7 umah aku singgah. rekod peribadi! selalu umah jiran pun susah nak gi. huhu… paling xcaya sampai umah dila. gila babas jauh. tapi dpt jumpa mak dia (Cikgu Habsah – cikgu KH masa form 2 dulu). mak dia cakap, “rasa mcm baru smlm aku ajo budak2 ni. arini dah berjanggut!”. haha.. bes2.. makan lempeng bujang anak kamat. bolehla.. huhu.. dia kata abis blaja bln 12 nak smbg PhD bulan 1. gila! semoga berjaya..
  4. selain tu berpeluang raya umah Yus (bdk kg sendiri tp xpnh gi), umah syahmi (gila bagak lawa), umah syam, umah diq, umah abe, umah din, umah wan ngan umah atoq. seronok sungguh beraya umah kawan. wan kata lps ni mungkin susah nak jumpa. raya puas2 tahun ni. huhu..
  5. ingatkan nak post gambar2 raya. gambar family, gmbr kawan2 tapi kabel tepon hilang. nak beli baru tadi apek tu ckp,”50lebih, dah abis offer nih!”. gi mati la ko pek! gila mahal!
  6. kutipan duit raya hingga hari ini: sama je mcm aritu. xde pertambahan. haha!! cik fairuz kata dia dapat banyak. ye la.. ko budak2.. =)
  7. ramai dah gi intern arini. yg saing aku mula keje 1hb ni pun ada. semoga berjaya kawan2.. rindunya masa blaja2 dulu.. huhu..

p/s: baju xpacking lg. esok nak gerak dah. haha..

h1

RAYA

September 24, 2009

post sempena raya:

balik semayng raya je aku dah round sefelda ngan adik laki aku. pastu balik2 mak dah sound suh kemas cpt nak balik kampung. haha.. tahun ni pagi raya ada 5 org jek. 3 xdek. akak2 aku turn suami masing2 tahun ni. abang aku keje malam. so, pagi tu dia x bangun.

kul 10 gitu bertolak ke tangkak. umah atoq (mak mak). jalan punya la jem. bukan sbb byk keta. sbb ada keta yg slow nak mampos tp dok tgh jalan. sampai2 umah atoq sepupu2 mak dah ada. xknl sgt. huhu… pas diorang balik, baru g makan2 ngan borak2 ckit. pastu paklong amir datang. tok mama lagi. ramai lak kumpul umah atoq masa tu. mokde ada skali. pas mak ayah borak2 (aku, adik laki ngan sepupu minum air botol smpi abis sebotol) kitorang bertolak ke umah mak long.

sampai je (selepas sesat sbb pokok yg tanda simpang masuk tu dah xde) mak long xde umah. jiran dia kata dah keluar beraya. ayah kata jom terus ke muar. sampai2 umah maklong  (lambat gak. timakasih pada apek yg memandu slow sambil makan duku buang tgh jalan) xde org kat umah. tepon siti (kazen) kata diorg dlm 1/2 jam br ada kat umah. so, decide gi umah angah dulu.

sampai umah angah, adik beradik ipar dia ada. ramai lak tu. pas makan ketupat (keras. huhu…), nak men ngan oni dia asyik nangis. biasa la. dah lama x jumpa.

pastu gi umah malong, makan2, lepak2, tido2 jap, lewat petang balik. huhu…

raya ke2 xde sape kecuali along yg sampai petang semalamnya. kemas2 umah (1st raya xkemas sbb xde mood raya) pastu tunggu angah lak balik.

raya2 ni aku malas nak layan bebudak datang raya. sbbnya diorg dtg bukan nak makan. minum ckit jek. buat penat basuh cawan jek. tapi sbb kecik2 dulu aku penah kna halau masa raya umah orang dan efeknye aku benci org tu sampai sekarang. dan aku sangat ingat umah yg mana satu. sbb tu aku xsampai hati xnak kasik bebudak kecik n masuk. xbek tau halau budak kecik raya. diorang dtg ni kena r sambut. xsuka cmne pun.. nama pun budak kecik. mmg r nak duit raya. kecik2 dulu ada kita mintak televisyen? dapur gas ke?

kepada kawan2, selamat hari raya aidilfitri. tahun ni last raya sbg org yg layak menerima duit raya. stat tahun depan dah kena bagi dah. huhu…

p/s: collection setakat ni. selain dr mak, baru sepuluh ringgit. dari mak long 5, atok 5. huhu.. dah beso sgt ke aku??? =)

h1

the After

September 5, 2009

kelmarin sampai ke rumah dari SRC02. lepas je clossing (dan dpt sijil yg banyak) dapat placement kat Pasir Gudang. xgi coz dh dpt keje. rmi giler rupanya yg dapat kat c2.
masa tu dah salam2 ngan bdk2 ni (termasuk Ju, Azi ngan Nad yg dah meleleh-leleh air mata) aku balik bilik kemas baju yg still melambak2. naik bilik lupa lak surat withdrawal x anta lagi. siap2kan surat, hantar pastu balik bilik. sedih betul kawan2 len dah nak balik. mmg susah la nk jumpa pasni.
dalam kul 2.30ptg aku turun ke bawah dengan baju barang2 xabis kemas lagi. nak jumpa bdk2 ni. dapat r slm beberapa org. tiba2 aku nmpk badak air meluru ke arah aku dengan lajunya. hahaha… rupa2nya Li. naik seriau aku budak besar gabak mcm dia dtg merempuh. ingat citer hindustan ke?? tapi sgt2 appreciate. sedeh gak peluk dia aritu since maybe tu last time jumpa dia. pas salam2, peluk2 ngan beberapa org lagi, aku nek bilik meneruskan misi memuatkan barang2 yg ntah dari mana dtg banyaknye.. huhu..
pas anta separuh beg ke bawah, zura tepon ckp dia dh ready kat bawah. aku pun turunla dengan brg2 lagi separuh. pas sumbat semuanya dlm keta zura, aku gi la salam mereka2 yg masih belum balik. salam mudno, khalis. wah! sedih gile aku. diorang dah berair mata. aku bkn leh tgk org nangis masa perpisahan2 ni. aku pun nak nangis sama. seriesli mmg sedey. huhu…
lepas tu zura anta ke kuantan. aku tertido dlm keta. pastu tersedar sbb kena hempap ngan beg. haha!
sampai kuantan kul 4 gitu. bas kul 6. skali terserempak ngan jawiah sama azi. diorg nek bas kul 4sengah. aku masa tu dengan penat+ngantuk gile babi+barang banyak gile+malas nak tunggu decide terus balik saing diorg. sanggup beli tiket baru. huhu.. melayang RM15.20~~
naik bas Cepat (seperti biasa lambat jalan) kitorang bertiga menyumbat barang kat bawah bas tu. pakcik tu siap sound lagi “banyaknye barang. nak pindah ke?? balik muadzam je”. aku dlm hati “DIAMLA KO PAKCIK. AKU PENAT NI. MMG PINDAH PUN”.
nek bas dari kuantan giler babi laju pakcik ni bawak. aku target kul 8 smpi umah kul 6.45ptg dah tiba kat simpang felda aku. huhu.. tu pun pakcik tu xnak berenti mula2 sbb rebutkan waktu berbuka kat bando segamat. ape la pakcik!
pastu berbuka kat umah makan nasi ambeng ngan air tebu. mandi2 semayang maghrib pastu ayah ajak terawikh “ayah wat 8 je”. aku ttp xgi sbb penat. huhu…
pastu tertido kat bilik adik aku dari 8sengah sampai subuh esoknye. gile lama. tu pun lepas subuh sambung balik sampai 12 tghari. haha..
pastu dpt berita dr _______ yg _______ xcident masa balik kg. dia xde pape tp kwn dia yg teruk ckit. sedeynye~. harap dpt tempuh hari2 mendatang dgn penuh sabar. k?..

p/s: raya 2 minggu lagi izzah dah ajak berombongan ke rumah kawan2. bereh ah! aku on je! sesape lagi nak join??

h1

GEMS SRCO2+life in between

September 2, 2009

let pictures do the talking…

to be continued….

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.