27
Nov
Posted by hakimolah in Life. Leave a Comment
- lama dh x update. maaf. mendapat line yg cukup elok di tempat kerja agak sukar. so, dh balik umah ni baru update. itu pun kat CC. hehe..
- keje: biasa2 saje. dapat tahu rmi lagi rakan2 seangkatan yg dah dpt keje. tahniah.. dpt tau gak rakan2 BP dulu rmi yg dh abis blaja especially bdk2 fast track UTP. tahniah juga..
- semalam gaji bulan kedua aku masuk. alhamdulillah.. benny (teknisyen aku) kata akan masuk annual wadges gak. cek2 xde pun. memandangkan aku baru keje 2 bulan, so annual wadges tu klu dapat adalah nilai sebenar bagi 12 kali 2. so, xde la byk mana pun. haha…
- balik umah semalam aku naik bas tingtong. free=) konduktor bas tu xdtg kutip duit tambang kat aku pun. xnak sdah. huhu.. sampai2 muadzam ayah dah tunggu ngan along. rupa2nya bas yg aku naik tu last stop kat keratong. sia2 suh ayah amik kat muadzam. klu x leh tunggu kat simpang raub je. xyah drive jauh2. huhu…
- sampai umah dapat jumpa pertama kalinya dengan muhammad faris amsyar, anak saudara kedua aku dan anak saudara lelaki pertama aku. syok kan?? putih melepak. mak kata dia lain sikit dari akak dia dulu. lagipun dia ada rupa ayah aku ckit. haha..
- malam raya masa nak tido sambil tgk2 tv aku dah rasa semacam. kepala dah sakit. try2 tido x boleh. lama2 makin sakit. cakap kat mak (ye, saya anak mak^3^) mak kata gi klinik. masa tu kul 12 lebih okey. ayah aku tgh tido. abang aku yg baru balik keje tu yg tolong anta. aku dah terguling2 dah tahan sakit. sebelum bertolak dah termunta 2 kali. tiba kat klinik, bg IC kat misi tu, aku tunggu dia isi form lambat, aku mintak permission gi toilet jap. muntah lagik. huhu.. pastu jumpa doktor. walaupun aku ada simptom2 migrain (kepala sakit sebelah, makin urut makin sakit, mata kanan pudar2 pandangan, muntah2) tapi doktor tu xckp lak aku migrain. dia cakap aku penat sangat/stress keje. ye ke?? aku rasa aku xstres keje pun. dia cek tekanan darah ok, mata ok xpucat. so dia enjet ngan bg ubat thn muntah ngan thn pening. semuanya RM38. masa tu dah xkisah dah asal sakit kepala aku hilang.
- hasilnya, pagi ni xberkesempatan gi sunat raya sbb dh xlarat bangun. bangun2 kul 10sengah pun sakit gi kepala. raya x macam raya je. kecuali peti sejuk umah penuh ngan daging lembu. haha..
p/s: balik umah along panggil aku gemuk. fuad panggil aku popeye. uhuhu.. aku gemukkah??
16
Oct
Posted by hakimolah in Life. Leave a Comment
ramai tanya skang ni aku dah keje ke belum. selepas aku menjawab “dah..” mesti soalan seterusnya ni menyusul : “ko keje pe??” dan seterusnya “keje ko watpe je??”. oleh kerana keje aku xla fofuler dan xla besar pangkatnye, aku just nak beritahu keje aku sama je ngan keje kedai makan. hehe.. nape?? sebabnya:
- kat kedai makan hari2 kena basuh pinggan. keja aku hari2 kena basuh pinggan gak. tp pinggannye dipanggil petri dish. huhu..
- kat kedai makan kena masak. keja aku hari2 masak. tapi masak agar tcbs nak wat vibrio. huhu..
- kat kedai makan kena amik order air. keje aku hari2 amik air (tanpa diorder) utk dianalisis. haha..
- kat kedai makan kadang2 kena sapu kaya kat roti bakar. keje aku hari2 sapu air guna hockey stick kat atas agar.. huhu..
- kat kedai makan kena wat air. keje aku hari2 wat air hijau/pure algae.
- kat kedai makan kena masak air. keje aku hari2 (well, 2 hari sekali) masak air dlm auto-clave. huhu..
- kat kedai makan hari2 kena bancuh air. keje aku hari2 kena bancuh air algae dlm conical flask. huhu..
- keje kat kedai makan kadang2 kena sapu smph. keje aku kadang2 kena sapu sampah gak (sbb petri dish jatuh, pecah. huhu… setakat ni aku satu, kawan aku satu)
- keje kedai makan xle berenti rehat klu banyak order (aku rasa la). keje aku xle rehat (selagi yg len pun xrht sama) selagi order packing lom abis buat.
ha.. betul kan keje aku sama cam keje kedai makan. kan x glamer.. gaji pun ciput. sedih.. sian aku. hari2 keje camtu. makan org masakkan.. minum boleh wat sendiri.. baju kotor ada mesin basuh company.. umah company bagi.. tv ada astro kena rebut2,.. kesian kan.. sume free.. xyah bayar.. sadis tul..
p/s: xle citer lebih2. langgar polisi syarikat. huhu..
1
Oct
Posted by hakimolah in Life. 1 Comment
- satuOktoberduaribusembilan: mula keje
- baju keje: topi (optional), t-shirt free company bagi, seluar (bebas), but getah putih saiz 9 (aku kaki saiz 6/7). konklusi: sia2 blaja grooming masa GEMS. haha..
- waktu keje: 8pagi5petang
- keje: apa yang belajar masa amik kultur invertebrat ngan Dr.Hamid, Bioteknologi Akuakultur ngan Dr.Asma, Water Quality ngan Dr. Hii, Mikrobiologi ngan… aa… xingat nm lecturer. huhu.. dan yg paling penting Final Year Project aku mmg direct kena ngan keje ni. haha
- jawatan: bukan Kuli
- gaji: cukup
- faedah: umah, makan, karen, air free. minyak xyah sbb dok dlm.
p/s: internet slw nak mati!!
29
Sep
Posted by hakimolah in Life. 1 Comment
- sekarang sedang menggila mencarik tutorial photoshop. huhu.. sbb aku ni xbercikgu, tutorial kat tenet ni je la yg aku leh pki. saje je kumpul byk2. boring2 kat pekan nnt leh gak cuba. tgh2 cari tersinggah laman web ni. hoho… aku sgt menghargai usaha kreatif. serius!
- mlm ni last aku berblog dlm frekuensi tinggi kot. mulai esok dah k n berada kat pekan, pahang. klu ada 3g, gprs yg laju ke, aku blogging r. klu xde, balik umah cuti baru aku wat kot. huhu… (byknye kot)
- jumaat ngan sabtu lps puas hati gak beraya ngan kawan2 lama. kira2 ada 7 umah aku singgah. rekod peribadi! selalu umah jiran pun susah nak gi. huhu… paling xcaya sampai umah dila. gila babas jauh. tapi dpt jumpa mak dia (Cikgu Habsah – cikgu KH masa form 2 dulu). mak dia cakap, “rasa mcm baru smlm aku ajo budak2 ni. arini dah berjanggut!”. haha.. bes2.. makan lempeng bujang anak kamat. bolehla.. huhu.. dia kata abis blaja bln 12 nak smbg PhD bulan 1. gila! semoga berjaya..
- selain tu berpeluang raya umah Yus (bdk kg sendiri tp xpnh gi), umah syahmi (gila bagak lawa), umah syam, umah diq, umah abe, umah din, umah wan ngan umah atoq. seronok sungguh beraya umah kawan. wan kata lps ni mungkin susah nak jumpa. raya puas2 tahun ni. huhu..
- ingatkan nak post gambar2 raya. gambar family, gmbr kawan2 tapi kabel tepon hilang. nak beli baru tadi apek tu ckp,”50lebih, dah abis offer nih!”. gi mati la ko pek! gila mahal!
- kutipan duit raya hingga hari ini: sama je mcm aritu. xde pertambahan. haha!! cik fairuz kata dia dapat banyak. ye la.. ko budak2.. =)
- ramai dah gi intern arini. yg saing aku mula keje 1hb ni pun ada. semoga berjaya kawan2.. rindunya masa blaja2 dulu.. huhu..
p/s: baju xpacking lg. esok nak gerak dah. haha..
24
Sep
Posted by hakimolah in 1. 1 Comment
post sempena raya:
balik semayng raya je aku dah round sefelda ngan adik laki aku. pastu balik2 mak dah sound suh kemas cpt nak balik kampung. haha.. tahun ni pagi raya ada 5 org jek. 3 xdek. akak2 aku turn suami masing2 tahun ni. abang aku keje malam. so, pagi tu dia x bangun.
kul 10 gitu bertolak ke tangkak. umah atoq (mak mak). jalan punya la jem. bukan sbb byk keta. sbb ada keta yg slow nak mampos tp dok tgh jalan. sampai2 umah atoq sepupu2 mak dah ada. xknl sgt. huhu… pas diorang balik, baru g makan2 ngan borak2 ckit. pastu paklong amir datang. tok mama lagi. ramai lak kumpul umah atoq masa tu. mokde ada skali. pas mak ayah borak2 (aku, adik laki ngan sepupu minum air botol smpi abis sebotol) kitorang bertolak ke umah mak long.
sampai je (selepas sesat sbb pokok yg tanda simpang masuk tu dah xde) mak long xde umah. jiran dia kata dah keluar beraya. ayah kata jom terus ke muar. sampai2 umah maklong (lambat gak. timakasih pada apek yg memandu slow sambil makan duku buang tgh jalan) xde org kat umah. tepon siti (kazen) kata diorg dlm 1/2 jam br ada kat umah. so, decide gi umah angah dulu.
sampai umah angah, adik beradik ipar dia ada. ramai lak tu. pas makan ketupat (keras. huhu…), nak men ngan oni dia asyik nangis. biasa la. dah lama x jumpa.
pastu gi umah malong, makan2, lepak2, tido2 jap, lewat petang balik. huhu…
raya ke2 xde sape kecuali along yg sampai petang semalamnya. kemas2 umah (1st raya xkemas sbb xde mood raya) pastu tunggu angah lak balik.
raya2 ni aku malas nak layan bebudak datang raya. sbbnya diorg dtg bukan nak makan. minum ckit jek. buat penat basuh cawan jek. tapi sbb kecik2 dulu aku penah kna halau masa raya umah orang dan efeknye aku benci org tu sampai sekarang. dan aku sangat ingat umah yg mana satu. sbb tu aku xsampai hati xnak kasik bebudak kecik n masuk. xbek tau halau budak kecik raya. diorang dtg ni kena r sambut. xsuka cmne pun.. nama pun budak kecik. mmg r nak duit raya. kecik2 dulu ada kita mintak televisyen? dapur gas ke?
kepada kawan2, selamat hari raya aidilfitri. tahun ni last raya sbg org yg layak menerima duit raya. stat tahun depan dah kena bagi dah. huhu…
p/s: collection setakat ni. selain dr mak, baru sepuluh ringgit. dari mak long 5, atok 5. huhu.. dah beso sgt ke aku??? =)
5
Sep
Posted by hakimolah in 1. 2 Comments
kelmarin sampai ke rumah dari SRC02. lepas je clossing (dan dpt sijil yg banyak) dapat placement kat Pasir Gudang. xgi coz dh dpt keje. rmi giler rupanya yg dapat kat c2.
masa tu dah salam2 ngan bdk2 ni (termasuk Ju, Azi ngan Nad yg dah meleleh-leleh air mata) aku balik bilik kemas baju yg still melambak2. naik bilik lupa lak surat withdrawal x anta lagi. siap2kan surat, hantar pastu balik bilik. sedih betul kawan2 len dah nak balik. mmg susah la nk jumpa pasni.
dalam kul 2.30ptg aku turun ke bawah dengan baju barang2 xabis kemas lagi. nak jumpa bdk2 ni. dapat r slm beberapa org. tiba2 aku nmpk badak air meluru ke arah aku dengan lajunya. hahaha… rupa2nya Li. naik seriau aku budak besar gabak mcm dia dtg merempuh. ingat citer hindustan ke?? tapi sgt2 appreciate. sedeh gak peluk dia aritu since maybe tu last time jumpa dia. pas salam2, peluk2 ngan beberapa org lagi, aku nek bilik meneruskan misi memuatkan barang2 yg ntah dari mana dtg banyaknye.. huhu..
pas anta separuh beg ke bawah, zura tepon ckp dia dh ready kat bawah. aku pun turunla dengan brg2 lagi separuh. pas sumbat semuanya dlm keta zura, aku gi la salam mereka2 yg masih belum balik. salam mudno, khalis. wah! sedih gile aku. diorang dah berair mata. aku bkn leh tgk org nangis masa perpisahan2 ni. aku pun nak nangis sama. seriesli mmg sedey. huhu…
lepas tu zura anta ke kuantan. aku tertido dlm keta. pastu tersedar sbb kena hempap ngan beg. haha!
sampai kuantan kul 4 gitu. bas kul 6. skali terserempak ngan jawiah sama azi. diorg nek bas kul 4sengah. aku masa tu dengan penat+ngantuk gile babi+barang banyak gile+malas nak tunggu decide terus balik saing diorg. sanggup beli tiket baru. huhu.. melayang RM15.20~~
naik bas Cepat (seperti biasa lambat jalan) kitorang bertiga menyumbat barang kat bawah bas tu. pakcik tu siap sound lagi “banyaknye barang. nak pindah ke?? balik muadzam je”. aku dlm hati “DIAMLA KO PAKCIK. AKU PENAT NI. MMG PINDAH PUN”.
nek bas dari kuantan giler babi laju pakcik ni bawak. aku target kul 8 smpi umah kul 6.45ptg dah tiba kat simpang felda aku. huhu.. tu pun pakcik tu xnak berenti mula2 sbb rebutkan waktu berbuka kat bando segamat. ape la pakcik!
pastu berbuka kat umah makan nasi ambeng ngan air tebu. mandi2 semayang maghrib pastu ayah ajak terawikh “ayah wat 8 je”. aku ttp xgi sbb penat. huhu…
pastu tertido kat bilik adik aku dari 8sengah sampai subuh esoknye. gile lama. tu pun lepas subuh sambung balik sampai 12 tghari. haha..
pastu dpt berita dr _______ yg _______ xcident masa balik kg. dia xde pape tp kwn dia yg teruk ckit. sedeynye~. harap dpt tempuh hari2 mendatang dgn penuh sabar. k?..
p/s: raya 2 minggu lagi izzah dah ajak berombongan ke rumah kawan2. bereh ah! aku on je! sesape lagi nak join??
2
Sep
Posted by hakimolah in Life. Leave a Comment
let pictures do the talking…
to be continued….
31
Jul
Posted by hakimolah in Life. 1 Comment
- sekarang 11.5++ malam. baru balik makan2 ngan company mate sempena besday Adam. sebelum tu gi kemaman beli kek ngan barang2 makan dan keperluan lain dengan shukri, zarith, miza & tyah. mcm2 benda jadik. angsa orang melintas, pakcik smart casual suka2 jalan melintang arus tengah jalan, kereta punya alarm tetiba berbunyi dan kita xtau cara memadamkannya. macam2..
- sebenarnya banyak benda nak cakap/TULIS tapi otak sangat2 penat arini. baru balik dari community service kat kg kuala wau kat maran. keje pe?? tanam pokok getah. hahaha! lawak gak r. 22 tahun aku dok felda xpernah2 tanam pokok getah. tiba cni kena lak wat keje tu. pelik kan?? community service supposed to be about helping the community, not an individual. fikir2… hehe..
- kelmarin pergi interview kat Cargill aquaculture kat kg palas, pekan, pahang. drive sendiri dari cherating. jaaauuuuuuhhhhhh gileeeeeeeeeeeee…. dah la demam haritu. huhu.. pergi jalan lain balik jalan lain. sebab men taram je jalan mana nak ikut. huhu… nasib baik kadar minyak lebih kurang jek. kuikui…. yg kelakar: pegi interview smart2 tapi kena gak bukak kasut masa masuk gate ganti ngan selipar sbb biosecurity. huhu…
- tadi dapat tau dari mak, fuad (my little brother) yg dok key yel tu demam sampai xleh bangun. takut gak kena selsema oink! oink! ni. jauhkanla….
- kepada kawan2 saya: saya nak gak gambar konvo dari kamera korang!!! kat aku ni ckit gile. sedey!
p/s: sakit perut. sbb td makan basuh tangan ala kadar je lepas main baja kat ladang getah. huhu.. bocor bontot aku lepas ni. kuikui…
23
Jul
Posted by hakimolah in Life. Leave a Comment
- mula2 nak post psl convo aritu. but since upload gmbr punya la lama, aku decide wat hari lain. sekarang aku mahu bebel. skang aku kat Kayu Manis 2, Suria Cherating Beach Resort, buat keje sekolah. hoho.. bencinye wat keje sekolah ni… x cukup tido… saya mahu tido… bilik saya beraircond yg kuat.. selimut saya sangat tebal… saya nak tido.. sedapnye tido… nak tido….
- hari tu convo penyakit lama aku datang balik. kecik2 dulu hidung aku yg mancung ni selalu berdarah secara tiba2. biasanya hari panas.. saya putera lilin.. eceh! sebab masa convo haritu ke sana ke sini tengah panas mencari kawan, mak dan ayah yang menghilang, hidung aku berdarah balik. twice! hoho… nasib baik aku bekas PBSM yg berdedikasi. tahu la cara nk stop darah ngan cepat. caranya?? tundukkan kepala korang sambil picit hidung korang. jangan kasik darah keluar. tunggu dalam 10 minit (klu rajin). aku biasa wat 2 minit jek. pastu mesti darah tu berhenti. klu dah 20 minit x berenti gak, korang mungkin keturunan queen elizabeth yg xde platlet 2. hohoho…
- missing miss jana now. huhu… sumenye sbb kelas2 yg sleepy selepas business english 2 minggu lepas. hoho.. masuk kelas ngantuk je ghupe..
- jumpa rmi bloggers lagi. this time cik fairuz ngan cik siti. hoho.. selama ni aku ingat aku teruna kesepian jek dalam dunia blog ni.
- petang td dpt call dr Cargill Aquaculture soh attend interview selasa depan. memula excited tapi lama2 ragu2. nak gi ke nak stay kat GEMS ni. nak gi ke?? ke?? ke??. ikutkan mmg nak keje dengan segeraa. tapi wafi kata tempat tu agak xde life. jauh ke pedalaman. tempat keje xde pempuan. mat indon je rmi (mcm BMA lak). tapi hati meronta-ronta nak keje. nak keje!!! try istikharah la nnt.
- find this quotes on the star today: WISE MEN TALK BECAUSE THEY HAVE SOMETHING TO SAY. FOOLS TALK BECAUSE THEY HAVE TO SAY SOMETHING. obviously, i have something to say today. hoho… i’m a wise man…
p/s: belaja lagi best dari lepas belaja. and nape internet free ni lembab?? huhu…..
5
Jul
Posted by hakimolah in Life. 2 Comments

GEMS 1st week team. GROUP GLORY (G) with Hj Muhammad Abdullah
gems start 28 jun lepas. aku dftr with parents ngan adik. suppose naik keta abang tp pagi2 detect tangki minyak itam bocor. pagi tu aku jadik kesian dan sayang sangat kat ayah yang bersusah payah tanya jiran2 dan kawan2 dia yang sudi hantarkn aku ke cherating (4jam perjalanan) sbb xnk tgk aku naik bas. i love u dad… very much. last2 ayah dpt mintak tolong amir, anak arwah kawan ayah selaku jiran yg kewl. tapi kesian kat abang aku yg plan nak ikut. xdpt sbb keta x muat. hehe..
first week lebih kurang motivational week la. ala2 kem motivasi. aku ni bukan jenis yg suka dimotivasikan tapi since penceramahnye okey, the week turneed out to be quite exciting. hari pertama ngan group G, sume senyap2 jek. since aku je yg bnyk ckp, sume appoint jadik leader. lehla, leader grup kecik je. last day dpt markah kumpulan 410. no bape ntah dari 16 grup. but definitely not the last. hehe..
company formation, aku xpegang any major position pun. duk bwh admin je. xpe r. tgk bdk2 bilik yg bz membuatkan aku bersyukur xpegang pape. well, the company decided to do business on aquaculture since I propose the idea and been accepted after few arguments among the supporters and the oppositions. menang la tajuk aquaculture pabila disokong kuat oleh budak2 fanatik ikan patin (temerloh people). haha.. lantakla.. janji projek jalan.
team so far okey. had a fight last friday night. sume pasal mis-com. but better fight early and learn sthing out of it rather than fight later and too late to learn anything. wlupun aku perasan ada yg dh tarik muka bila jumpa aku, lantakla. penat la nak benci org. better go on with life. team member lain xde hal pun ngan aku.
tentang kemudahan kat cni, aku rasa dah terlebih manja dah duk cni. haha! tidur bilik hotel 3 org. air-conditioned. ada tv+astro, peti sejuk kecik, bilik air ngan air panas. huhu! bangun pagi dah xdenye mandi air paip biasa. air panas saje. haha! makan lak makan hotel. okeyla. tp nak basuh baju je susah since xleh sidai kat luar. laundry ada tp sape nk bayar rm10 for just few pieces of clothes??
found few friends blog yesterday. bagus2 ckit. meriah ckit dunia blogging ni. klu x aku tulis, aku yg baca. huhu..
>>>>IT’S OKEY TO BE BORN POOR. IT’S A SIN TO REMAIN POOR. love the quotes. proposed by GEMS people from Khazanah.
akuTulisorangKomen